Alhamdulillah, amanah kerja sekali lagi membawa saya mengembara ke Indonesia. Kali ini saya berpeluang buat pertama kali ke Jogjakarta. Kami menaiki penerbangan pertama dari LCCT ke Lapangan Terbang Adi Sucipto Jogjakarta.
Secara umumnya Jogjakarta mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah:
1. Satu-satunya wilayah yang masih memilih Sultan sebagai Gabenor yang
memerintah. Ini kerana sebagai sebuah negara republik, institusi
kesultanan sudah tidak berperanan lagi dalam hierarki pemerintahan
negara.
2. Merupakan Daerah ilmu kerana terdapat pelbagai Institusi Pengajian Tinggi termasuklah yang ternama seperti Universiti Gajah Mada.
3. Sebahagian besar penduduk Jogjakarta adalah komuniti pelajar yang datang berkelana daripada pelbagai tempat. Justeru, setiap penduduk menyediakan bilik tambahan di rumah masing-masing bertujuan untuk disewakan kepada pelajar.
Maka tidak hairanlah jika sahabat kami di Indonesia mengatakan bahawa Jogjakarta adalah destinasi wajib kepada pencinta buku. Kehadiran komuniti pelajar merancakkan lagi industri buku di sini. Apa yang lebih menarik ialah harga buku yang ditawarkan sangat murah. Jika dibuat perbandingan, harga buku yang telah mendapat diskaun di kota Jakarta merupakan harga asal di Jogjakarta. Setelah mendapat diskaun, ternyata harganya jauh lebih murah.
Misi Hari Pertama
Selepas singgah bersarapan, kami terus memulakan eksplorasi dengan menuju ke Toko Buku Social Agency.
Toko Buku Social Agency |
Selesai memilih dan membeli buku di toko ini, kami menuju ke hotel penginapan untuk mendaftar masuk. Kami menginap di Hotel Ibis, Malioboro. Selepas makan tengahari kami bertolak ke Solo. Jika sebelum ini saya hanya mengenali Wong Solo iaitu Restoran Nasi Ayam Penyet berhampiran Masjid Kampung Baru, pada hari ini saya berpeluang menjejakkan kaki ke Daerah Solo.
Iklan Pemeran Buku di Solo |
Pada hari kedua kami memilih Toko Buku Gramedia untuk mencari buku. Toko buku berkonsepkan moden ini sedang mengadakan jualan diskaun sempena cuti sekolah. Pelbagai jenis buku disediakan untuk dipilih.
Promosi buku di Gramedia, Jogjakarta |
Toko Buku Togamas menjadi destinasi sasaran kami selepas singgah makan tengahari.Toko buku ini mempunyai ruang pameran yang sangat luas.
Toko Buku Togamas, Jogjakarta |
Perkarangan Toko Buku Togamas |
Susun atur Toko Buku Togamas |
Akhirnya kami kembali ke hotel penginapan yang terletak di Jalan Malioboro iaitu sebuah pusat perniagaan seumpama Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Operasi perniagaan bermula pada waktu petang sehingga ke lewat malam. Saya mengambil kesempatan untuk memilih beberapa barangan sebagai cenderamata untuk dibawa pulang kepada keluarga.
Hotel Ibis |
Hotel penginapan kami merupakan bangunan berkembar dengan sebuah pasaraya besar. Selepas makan malam saya meninjau pasaraya ini dan ternampak cawangan Gramedia Book Store di tingkat bawah. Saya mengambil kesempatan untuk memilih beberapa buah buku untuk koleksi peribadi dan juga beberapa buah buku untuk dijadikan sebagai hadiah kepada sahabat-sahabat di Kuala Lumpur.
www.izhanhamidi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment