29 March 2011

AYAM TELUR AYAM

Cracking The Chicken Egg Puzzle.

What came first, the chicken or the egg? Now, scientists in Britain think it was probably the chicken, after using new computer technology to try and crack the age old riddle. Researchers at the Universities of Sheffield and Warwick, in northen and central England, say the secret lies in the eggshell - specially the vital role played by a chicken protein in forming it.


Scientists already knew that the protein, vocleddin-17 (OC-17), plays a part in eggshell formation, but the new technology allowed the team to demonstrate exactly how the protein makes it happen. In a computer simulation, the OC-17 protein acted as a catalyst to kick start the formation of crystals that make up an eggshell by clamping itself onto calcium carbonate particles.


The OC-17 protein than dropped off when the crystals nucleus was large enough to grow on its own, freeing up the protein to start the process again. Eggshell are created when this happen many times over within a short period of time.


Understanding how chicken make eggshells is fascinating in itself but can also gives clues towards designing new material and processes, said Prof John Harding from Sheffield University, one of the auhors of the research.


Nature has found innovative solutions that work for all kinds of problems in materials science and technology. We can learn a lot from them.


Akhirnya dengan pencarian dan kajian, manusia menemui kebenaran wahyu Al Quran berkaitan dengan penciptaan haiwan sebagaimana dirakamkan dalam ayat berikut yang maksudnya:


"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi, Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis-jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu) dengan jalan yang demikian dikembalikanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

(Surah Asy Syuura, 42:11)

26 March 2011

CARA HIDUP BERDISIPLIN MASYARAKAT JEPUN

Saya tertarik dengan komitmen rakyat negara Jepun mengamalkan cara hidup berdisiplin walaupun berada dalam keadaan tidak stabil setelah dilanda gempa bumi dan tsunami. Pelbagai media masa termasuk blog-blog individidu yang mengulas dan menyatakan kekaguman mereka pada sikap tersebut.

Komitmen rakyat Jepun pada disiplin dapatkita saksikan menerusi foto yang menunjukkan mereka tetap beratur untuk mendapatkan bantuan, mengambil air minuman, membeli barang keperluan termasuk di stesen minyak untuk mendapatkan petrol. Perkara ini tidak terlepas dari perbincangan saya bersama sahabat-sahabat.








Persoalan yang berlegar di dalam pemikiran ialah, apakah faktor yang memotivasikan rakyat Jepun untuk terus mengamalkan cara hidup berdisiplin dalam keadaan sedemikian?

Berdasarkan andaian, faktor-faktor berikut berkemungkinan besar menyumbang pada kejayaan rakyat Jepun untuk meletakkan disiplin pada tempat yang istimewa dalam hidup mereka.

1. Keyakinan bahawa setiap daripada mereka dijamin akan mendapat bantuan yang disediakan oleh pihak berwajib. Maksudnya hak mereka terjamin dan beratur hanyalah sebagai salah satu proses untuk mendapatkannya. Jika lambat datang, maka akan tetap mendapat bantuan atau hak tersebut walaupun pada giliran yang terkemudian.

2. Pihak berkuasa Jepun memiliki pangkalan data dan sistem pengurusan maklumat yang cekap dan berkesan. Hasilnya setiap bantuan dapat diagihkan secara cekap dan berkesan kerana anggaran dapat dibuat secara tepat.

3. Sistem penyampaian yang berakauntabiliti membolehkan mereka mendapat bantuan dan hak sebagaimana yang diumumkan dan diperuntukkan oleh pihak kerajaan. Risiko penyelewengan dan salah guna bantuan yang rendah, meredakan tekanan rakyat Jepun.

4. Sokongan bersepadu daripada pelbagai institusi yang sanggup bersama-sama menanggung kesusahan. Contohnya diberitakan pasaraya sanggup menurunkan harga barang keperluan untuk kemudahan rakyat mereka. Manakala bank-bank pula sanggup menyuntik dana ke dalam sistem ekonomi dan kewangan mereka bagi menjamin kestabilan keadaan ekonomi.

5. Kesanggupan memohon maaf atas apa yang berlaku dan tidak bersikap menunding jari menghalang berlakunya dendam dan menyalahkan orang lain. Pengendali loji nuklear contohnya mengunjungi penempatan sementara mangsa bencana dan memohon maaf kepada orang ramai secara terbuka.

Iktibar yang boleh dipelajari oleh rakyat Malaysia ialah, bersama-sama kita cuba memenuhi prasyarat-prasyarat tersebut sebagaimana yang dipamerkan oleh rakyat Jepun sebagai salah satu usaha untuk kita membudayakan cara hidup berdisiplin.