Alhamdulillah, tugasan kerja membawa saya menjejakkan kaki ke Tanah Besar China selama 5 hari iaitu ke Wilayah Chengdu. Wilayah ini telah dibangunkan secara terancang dan sistematik untuk mengimbangi di antara kawasan yang pesat membangun dengan kawasan yang masih kurang pembangunan.
Destinasi pertama kami ialah ke Universiti Sichuan untuk meninjau segi pembangunan modal insan yang dilakukan di Chengdu.
Destinasi pertama kami ialah ke Universiti Sichuan untuk meninjau segi pembangunan modal insan yang dilakukan di Chengdu.
Suasana di dalam universiti tenang. Rata-rata penghuninya selesa menjadikan basikal dan motorsikal elektrik sebagai medium pengangkutan.
Universiti ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam. Antaranya ialah sebuah sekolah yang dibina di dalam kawasan universiti. Lengkap dengan padang bola dan balapan untuk acara olahraga.
Semasa kunjungan kami cuaca agak sejuk dan keadaan ruang udara Chengdu berjerebu. Mengikut maklumat yang diberitahu, keadaan jerebu tersebut adalah disebabkan oleh asap yang dihasilkan dari kawasan industri.
Destinasi seterusnya ialah ke sebuah kilang kasut yang terletak di pinggir bandar Chengdu iaitu Meilidian Shoes Co. Limited. Kilang ini masih mengekalkan penggunaan tenaga manusia dengan bantuan mesin untuk mengeluarkan kasut. Mereka menghasilkan kasut yang akan dipasarkan dengan label dan jenama syarikat-syarikat besar. Kebanyakan kasut menggunakan sebahagain daripada bahan buatannya adalah dari kulit khinzir.
Pekerja semuanya adalah rakyat tempatan. Mereka disediakan dengan kemudahan asrama berhampiran dengan kilang sebagai tempat tinggal.
Dalam perjalanan kami telah melewati pusat konvensyen terbesar di Chengdu iaitu Global Center. Bangunan gergasi ini menempatkan dewan pameran yang dilengkapi dengan pusat membeli belah.
Destinasi kami yang seterusnya ialah ke Chengdu Investment Promotion Commission (IPC) iaitu organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk menarik pelabur untuh melibatkan diri dalam agenda pembangunan Chengdu.
Kami juga berkesempatan mengadakan pertemuan dengan salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memainkan peranan sebagai pemudahcara kepada pelabur asing yang terlibat dalam pembangunan Chengdu.Mereka membantu pelabur mendalami dan memahami situasi dan realiti sebenar Chengdu dan pada masa yang sama turut menjaga kebajikan mereka.
Kami juga mengambil kesempatan untuk ke Chengdu Planning Exhibition Hall iatu sebuah bangunan empat tingkat yang mempamerkan rancangan pembangunan Chengdu secara menyeluh. Ruang pameran dimulakan dengan sejarah awal Chengdu yang lengkap.
Gambaran Kota Chengdu pada zaman awal penempatan |
Seterusnya proses pembentukan hala tuju perancangan pembangunan jangka panjang Chengdu. Diikuti dengan perkembangan semasa di Chengdu. Manakala tingkat paling atas menempatkan pameran yang menggambarkan Chengdu pada masa hadapan mengikut perancangan yang telah dibuat. Apa yang lebih menarik ialah, pengunjung disajikan dengan sesi penerangan menggunakan skrin besar dan landskap bandar Chengdu dari pandangan atas.
Kami sempat mengunjungi pejabat MITI di Chengdu berjumpa dengan Encik Syed Fairus untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Chengdu.
Seterusnya kami sempat singgah ke Pusat Sains & Teknologi Chengdu. Menempatkan penemuan dan aplikasi sains dan teknologi untuk tujuan pendidikan. Sama seperti Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Seterusnya kami cuba meneroka kesibukan bandar Chengdu dengan menggunakan kemudahan awam. Stesen utama pengangkutan kereta api bawah tanah menjadi sasaran kami. Stesen ini terletak di sebelah padang di tengah-tengah bandar Chengdu iaitu Tianfu Square. Padang ini seumpama Dataran Merdeka jika di Malaysia.
Bandar Chengdu dihubungkan sepenuhnya dengan sistem keretapi bawah tanah yang dibangunkan mengikut beberapa fasa.
Dari stesen Tianfu Square kami ke stesen berikutnya iaitu People's Park sebuah taman rekreasi dalam bandar yang diwujudkan untuk penduduk bersiar-siar. Antara aktiviti di taman ini ialah terdapat beberapa kumpulan yang mengadakan persembahan berbentuk kebudayaan diiringi oleh kumpulan muzik mereka sendiri. Apa yang menarik, mereka adalah golongan yang sudah berumur. Manakala di bahagian utama taman diadakan aktiviti senaman berirama. Beberapa orang belia berperanan sebagai jurulatih yang memimpin pengunjung untuk mengikut rentak muzik yang dipasang.
Sebelum bertolak pulang, kami sempat singgah ke kawasan gedung perniagaan. Kami ke kedai buku untuk mencari bahan rujukan tambahan. Majoriti buku di sini adalah dalam bahasa China. Sempat juga singgah ke Kowloon Plaza melihat aktiviti penduduk berjual beli.