03 April 2011

SEMAK KETULENAN TELEFON



Kita akan terkeliru untuk membezakan di antara telefon bimbit asli atau original dengan produk AP (Approval Product) kerana bentuk yang sama. Set asli merupakan telefon bimbit yang diedarkan oleh syarikat-syarikat sah untuk jualan. Maka sebarang kerosakan atau masalah boleh diselesaikan atau dirujuk di mana-mana pusat servis syarikat tersebut di negara ini.


Set telefon bimbit AP pula dijual dengan harga yang lebih murah kerana dibawa masuk tanpa pengisytiharan kastam. Risikonya ialah jika berlaku kerosakan, pengguna sukar untuk mendapatkan alat ganti kerana set ini tidak dibekalkan dengan alat ganti sebagaimana pengedar yang sah. Set AP juga hanya diedarkan oleh peniaga-peniaga kecil yang mungkin menamatkan operasi pada bila-bila masa.


Semakan boleh dibuat dengan empat langkah berikut:

1. Asingkan kulit telefon dari bateri.

2. Periksa pelekat pada set telefon. Pelekat yang tertera 'Zitron', 'Avaxx', 'i-Mobile', 'T-Choice', 'Grandtech', 'Midlands, 'Thorus' adalah dianggap sebagai set asli, manakala set AP pula menggunakan istilah 'Final Choice', 'Nefion', 'Telstra', 'GTMax' dan sebagainya.

3. Tekan *#06# untuk memeriksa nombor siri 15 digit pada telefon bimbit itu.

4. Bandingkan nombor tersebut dengan pelekat pada telefon bimbit dan kotak. Jika kedua-dua nombor siri yang tertera adalah sama, maka set anda adalah asli dan begitulah jika sebaliknya.


Semak Ketulenan Diri
Kita juga perlu menyemak ketulenan dan jati diri kita sebagai seorang Muslim. Caranya ialah dengan memastikan lima perkara berikut benar-benar telah kita penuhi.
1. Syahadah
2. Solat fardhu lima waktu
3. Puasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Mengerjakan haji

Kita juga mestilah menyemak ketulenan iman kita sebagai seorang Mukmin. Caranya ialah dengan memastikan enam perkara berikut benar-benar telah kita penuhi.
1. Percaya kepada Allah SWT
2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
4. Percaya kepada Kitab-Kitab
5. Percaya kepada Hari Akhirat
6. Percaya kepada Qada' dan Qadar